Sulit
6 tahun
Senggugut dan sakit kepala
Assalamualaikum doktor, saya dan isteri baru berkahwin dalam 2 bulan, dan kami belum bersedia untuk menimang cahaya mata. Isteri saya telah mengambil pil perancang Rigevedon. Pil pun dah habis, tapi dalam 2-3 hari sebelum pil nak habis isteri saya mengalami sakit kepala dan senggugut yang teruk. Untuk pengetahuan doktor, isteri saya kali terakhir datang bulan pada 16/11 dan jika mengikut Aplikasi yang saya muat turun dari playstore, sepatutnya isteri saya sudah datang bulan hari ini(09/12). Adakah pil perancang tersebut menyebabkan kesakitan yang isteri saya alami sekarang? Dan adakah kemungkinan untuk mengandung?
Teria kasih.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Ubat ini boleh memberikan kesan sampingan seperti:
- Sakit kepala
- Terganggu mood (moodswing)
- Berasa loya dan muntah
- Sakit di bahagian payudara
Untuk makluman pihak anda, ubat Rigevedon merupakan pil perancang yang mengandungi hormon seperti estrogen dan progesterone. Namun begitu ubat ini biasanya memerlukan preskripsi doktor untuk mendapatkannnya. Oleh itu, sila rujuk masalah anda dengan lebih lanjut untuk mengetahui sama ada anda memerlukan ubat ini atau tidak dan sekiranya perlu anda boleh mendapatkannya dengan preskripsi daripada pihak kami. Klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) atau (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi dan ubat yang sesuai. Terima kasih.



































