
Sulit
4 tahun
Sering batuk apabila mahu tidur
doktor saya nak tanya kenapa saya kerap batuk sebelum saya nak tidur tapi waktu biasa saya tak mengalami batuk

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Gejala batuk yang sering berlaku ketika mahu tidur dapat dikaitkan dengan pelbagai masalah atau gangguan, sehingga ia memerlukan pemeriksaan yang lebih komprehensif dalam menentukan punca dan seterusnya rawatan sekiranya perlu.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada doktor pakar? Pulmonologist kami sedia membantu.
Batuk pada malam hari secara umumnya boleh berpunca dari:
- Jangkitan paru-paru
- Asma
- Gangguan saluran makan (i.e. GERD)
- Ubat-ubatan tertentu
Walaubagaimanapun, ia juga boleh dikaitkan dengan fenomena fisiologi tubuh yang normal, dimana, apabila seseorang itu berbaring atau sandar, cairan mahupun kahak yang berada di rongga mulut dan hidung akan turun - mengikut graviti - ke tekak, ini sekaligus akan mencetus refleks batuk.
Berkahak dan sukar bernafas? Dapatkan kelegaan segera.
Namun, informasi yang telah diberikan hanya berdasarkan gejala yang telah anda sampaikan. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapatkan rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Anda juga boleh klik pada link yang tertera untuk mendapatkan informasi yang lebih lanjut secara live bersama doktor kami yang bertugas. (DoctorOnCall). Kami menjamin kerahsiaan dan privasi anda terjaga. Terima kasih.