
nurmarianamariana9
2 tahun
Sering pening kepala dn penat
Sy wanita 28thun mpunyai ank 5org tmsuk twin…skrg sy amalkn pil perancang dh 3thun…badan sy cpt letih dn kpla slalu pning…adkh pnca dr pil prncang.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak puan, saya perlu mengetahui jenis pil perancang yang anda ambil sebelum membuat kesimpulan sama ada gejala yang anda alami adalah berkaitan dengan pil tersebut atau tidak. Gejala yang anda hadapi juga boleh disebabkan perkara lain seperti:
- Keletihan
- Stress
- Kurang rehat dan tidur yang terganggu
- Jadual harian yang terlalu padat
- Masalah kesihatan lain seperti kurang darah atau tekanan darah rendah
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.