
Anonymous
5 tahun
Sering rasa hendak buang air kecil
Saya lelaki berusia 16 tahun. Dan tidak pernah mengalami sebarang penyakit kelamin sebelum ini. Tetapi semenjak 3 hari yg lepas saya mengalami rasa hendak membuang air secara kerap. Walapun setelah membuang air . Saya masih lagi merasa tidak puas dan selepas 10 minit . Rasa ingin buang air itu datang kembali. Apakah saya mengalami penyakit kencing manis? Tetapi bmi saya ialah normal bagi lelaki berusia 16 tahun. Mohon pencerahannya doctor. Terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah kerap kencing boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Penyakit kencing manis
- Terlalu banyak minum air
- Masalah prostat
- Masalah hormon yang mengawal air dalam badan
- Radang pada pundi kencing
- Penggunaan ubat ubatan seperti ubat darah tinggi jenis diuretik
- Pundi kencing terlalu aktif (Overactive Bladder)
- Kesan strok
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.