Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Sering tidur lambat dalam seminggu

Dijawab oleh: Dr Sri Viknarajan

Dikemaskini pada: April 24, 2020 1:49 AM

Sulit 4 bulan

Saya remaja berumur 20 tahun, telah seminggu saya kerap tidur lewat. Kadang 5-7 pagi baru lena. Bangun jam 12-2pm. Saya tak tahu apa masalah saya. Adakah ia anxiety? Atau depression? Atau insomnia? Malah bukan seminggu yg baru utk saya tapi boleh kata dalam sebulan mesti ada seminggu tak boleh tidur awal.

Dr Sri Viknarajan 5 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera.

Secara umumnya, insomnia merupakan ketidakupayaan untuk mendapatkan tidur secukupnya atau perasaan subjektif di mana seseorang itu berasa tidak puas walaupun telah diberi peluang untuk tidur dengan secukupnya.

Antara tanda-tanda insomnia adalah pengambilan jangka masa yang panjang dari masa melelapkan mata sehingga tidur, tidur yang tidak nyenyak, sering bangun awal daripada masa yang biasa dan keletihan dan perasaan mengantuk pada waktu siang.

Tidur adalah sangat penting untuk memastikan badan kita mempunyai tenaga yang mencukupi untuk keesokan hari. Oleh itu, insomnia boleh mendatangkan kesan-kesan negatif seperti tekanan emosi, risiko yang lebih tinggi untuk kemalangan serta kemerosotan prestasi kerja dan aktiviti harian.

Anda digalakkan untuk berjumpa denagn doktor untuk mengenal pasti punca untuk masalah anda. Rawatan yang terbaik akan diberi kepada anda, termasuk perkhidmatan kaunselling dan psikologi sekiranya anda mengalami tekanan emosi. Selain itu, anda digalakkan untuk mengamalkan tabiat tidur yang baik atau “good sleep hygiene”.

Dikemaskini pada: Fri Apr 24 2020 01:49:02 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.87
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Neurologi tentang insomnia secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor
RM19.99
Konsultasi Pakar
Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Sulit
Insomnia - gangguan tidur Seorang perempuan berumur dlm lingkungan awal 20an. Kesukaran untuk tidur. Bila terlelap badan akan mengalami sleep paralysis, hampir setiap kali tidur. Dan bila bangun Dan Cuba untuk tidur, ia… Baca lagi...
8 bulan
Sulit
Sukar tidur waktu malam, suhu naik pada waktu malam, batuk, sakit dada Minta maaf doktor, saya lelaki yang berusia 20 tadi. Saya lupa nak tambah. Saya juga sukar untuk tidur malam sejak kebelakangan ini. Saya tidur malam pun lenanya sebentar sahaja kemudian terjaga… Baca lagi...
4 bulan
Sulit
Masalah kesukaran tidur Saya berumur 42 tahun.saya mengalami masalah tidur hampir berbulan bulan Baca lagi...
8 bulan
Sulit
Masalah tidur warga emas Nenek saya umur 90an dan tiada masalah darah tinggi, dia mempunyai masalah sukar untuk tidur, apakah punca dan solusi untuk merawat dia?? Minta penjelasan lebih terperinci Baca lagi...
36 hari
hartini
Sukar tidur atau insonmia saya wanita berusia 50 tahun dan sekarang mengalami kesukaran untuk tidur dan akan terjaga tiba2 dan amat sukar untuk tidur semula saya memerlukan nasihat doktor Baca lagi...
11 bulan
Tanya Doktor Percuma Sambutan Hari Malaysia: Baucar RM15