Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Sesak nafas, adakah darah rendah atau masalah lain?

Dijawab oleh: Dr Sashini Seeni

Dikemaskini pada: Januari 19, 2021 1:25 AM

Sulit 37 hari

saya remaja berumur 17 tahun dan saya mengalami susah untuk brnafas dlm beberapa bulan ini sejak September 21 saya mengalami kesusahan untuk brnafas, pada saat itu saya sedang menjalankan kuarantin pada hari ke lima Dan saya tidur pada petang itu Dan bangun dalam keadaan tidak cukup nafas. saya tidak pasti adakah ini disebabkan saya terlalu takut dengan covid19 atau bukan kerana smua org sekeliling saya mengetahui bhw saya sngt takut dngn pyakit ini. tetapi semasa saya mengetahui bwh saya negatif covid19 saya masih mengalami kesusahan brnafas tersebut. kesusahan brnafas itu datang setiap hari Dan pada bulan 12 kesusahan brnafas itu berhenti. Dan ianya hanya brlangsung slama beberapa mnggu kerana setelah beberapa mnggu slps itu saya mulai mengalami kesusahan brnafas itu kembali. saya ada membela kucing di rumah dan bulunya selalu shj jatuh. adakah ini disebabkan bulu kucing telah masuk dlm peparu sya? Dan dalam beberapa mnggu ini saya sering bangun dari duduk Dan mengalami pusing di kepala Dan Ingin pitam. apakah masalah yg ada pd saya sbenrnya doktor, mohon jwpn.

Dr Sashini Seeni 37 hari
General Practitioner

Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.

Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah sesak nafas yang anda alami. Untuk makluman anda, masalah ini dapat berpunca daripada pelbagai perkara, antaranya ialah:

  • tekanan darah rendah
  • gula yang rendah dalam darah
  • sel darah merah rendah dalam darah
  • Dehidrasi
  • Pengambilan nikotin, kafein serta alkohol
  • Masalah emosi- Stress, depresi, kebingungan yang melampau
  • Alahan terhadap makanan, bulu haiwan

Hidung tersumbat dan sukar bernafas? Dapatkan kelegaan segera.

Sila berjumpa dengan doktor di klinik atau hospital yang terdekat sekiranya terdapat gejala seperti yang berikut:

  • Muntah atau pitam
  • Berpeluh yang tidak terhenti
  • Gejala bertambah berat
  • Gejala yang anda alami berterusan

Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, jika masalah sesak nafas ini berlarutan sehingga mengganggu aktiviti harian anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Tue Jan 19 2021 01:25:18 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Respiratori tentang sesak nafas secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Sulit
Sesak nafas dada ketat Hi doktor saya lelaki umur 24 berat 54kg tinggi 180cm sejak kebelakangan ni saya dada rasa ketat batuk batuk saya tkada penyakit asma. Tapi bila saya workout sesak nafas dgn batuk hilang. Tapi d… Baca lagi...
16 hari
Sulit
Sukar tidur kerana masalah pernafasan saya berumur 19 tahun dan berasa kurang oksigen ketika sedang tidur mengiring dan ia sangat menyukarkan saya untuk tidur. berdasarkan kesan sampingan, saya rasa salah satunya ialah saya mengalam… Baca lagi...
3 hari
Sulit
Semput selepas mandi waktu malam Hai doctor. Nama saya Wani. Saya nak tanya, kenapa ya kadang-kadang lepas saya mandi pada waktu malam, saya akan semput, susah nak tarik nafas? Baca lagi...
9 hari
Sulit
Bisul, demam dan sesak nafas Assalamualaikum dan salam sejahtera, saya lelaki berusia 22 tahun Telah beberapa hari saya dijangkiti bisol,tiga bisul sekali gus,2 di bahagian belakang badan,satu dibahagikan peha. Saya meras… Baca lagi...
13 hari
Sulit
Nafas yang pendek dan sering berasa sukar untuk bernafas Saya wanita berumur 20-an.saya mempunyai nafas yang pendek. Saya sering merasakan sukar untuk bernafas dan seolah2 merasakan oksigen tidak sampai dalam badan walaupun saya bernafas seperti biasa… Baca lagi...
22 hari