Sulit

3 tahun

Sesak nafas badan sejuk

Saya wanita berumur 21 tahun. 3 hari lepas, saya berasa sesak nafas ketika tidur pada waktu malam (spike from 52 bpm to 158bpm). Normal heart rate saya masa tidur adalah 40-80bpm. Saya juga berasa sangat sejuk sehingga saya mula menggigil dan mengetap gigi sehingga tidak boleh tidur. Keesokan hari saya mula berasa sangat penat dan pernafasan saya menjadi laju, berdebar dan mengalami kesukaran bernafas. Lidah saya kebas, dalam mulut dan bibir terasa panas, tekak sangat kering dan dahaga sepanjang masa, rasa pahit dalam mulut, rahang sakit bila nak buka mulut, mual dan kadang-kadang mata rasa macam tak boleh fokus secara tiba-tiba, muka pucat dan beberapa kali cramp di bahagian kaki. tubuh saya sentiasa meremang dan sejuk sepanjang hari terutama kaki dan tangan. Tapi bila sentuh dahi dan leher, rasa panas. Bila check suhu, hanya 35 ° C manakala suhu normal saya ialah 36.5 - 36.7. Keadaan ni dah berlarutan selama 3 hari dan saya sukar tidur dan sentiasa terjaga. Saya hanya makan paracetamol dan rehat. Apakah yang patut dilakukan?

Dr Ramzdhan,

3 tahun

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.

Menurut masalah yang anda perihalkan, masalah sukar bernafas ketika tidur dan insomnia boleh disebabkan oleh dua perkara yang berbeza, iaitu Orthopnea (sesak nafas jika baring) ataupun Paroxysmal Nocturnal Dypsnea (sesak nafas ketika tengah tidur).

Untuk makluman anda, masalah Orthopnea ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara:

  • Jangkitan kuman pada paru-paru ( Pneumonia )
  • Paru-paru berair ( Pulmonary edema ) yang boleh disebabkan oleh jangkitan kuman
  • Pleural Effusion iaitu pengumpulan cecair sekeliling paru-paru. Ini boleh disebabkan oleh jangkitan kuman atau masalah salur darah paru-paru tersekat ( Pulmonary embolism )
  • Pulmonary embolism
  • Pengumpulan cecair di dalam abdomen ( Ascites ) yang boleh disebabkan oleh masalah jantung atau hati.
  • Masalah pengsarafan pada diafragma, iaitu salah satu otot pernafasan.

Manakala bagi Paroxysmal Nocturnal Dypsnea (PND) pula, ia boleh disebabkan oleh:

  • Asthma
  • Penyakit kronik penyekatan pernafasan (COPD)
  • Cecair hidung yang terjatuh ke kerongkong ( Postnasal Drip )
  • Paru-paru berair
  • Penyakit ketidakbolehan bernafas ketika tidur ( Sleep apnea )
  • Pulmonary embolism : penyakit salur darah paru-paru tersumbat.
  • Penyakit kekangan paru-paru ( Restrictive lung disease ) seperti Emphysema .

Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.

Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda sekiranya perkara ini berlarutan dan boleh mengganggu waktu tidur anda secara berlebihan. Ini adalah untuk mengenalpasti masalah anda dengan lebih tepat dan mendapatkan rawatan yang sesuai.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

images%20(2)

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2)