Sulit
3 tahun
Sesak nafas dalam jangka masa panjang
Saya perempuan yang berumur 17. Saya mula mengalami sesak nafas sejak di darjah 5 selepas saya jatuh longkang dan mendapat 5 jahitan di kepala berhampiran ubun ubun kepala. Saya pernah mengambil bantuan gas di klinik tetapi saya masih sesak nafas. Hampir setiap kali saya sesak nafas saya akan rasa tertekan dan takut. Saya risau dengan keadaan saya. Saya mohon bantuan doktor untuk penjelasan. Terima kasih.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Hidung tersumbat dan sukar bernafas? Dapatkan kelegaan segera.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sesak nafas boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Anemia - kurang darah merah
- Penyakit asma
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit TB
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.