
fariszwan96
2 tahun
Sesak nafas dan bernafas tidak puas
Saya berusia 24 tahun. Sejak 19/3 saya mengalami kesukan untuk bernafas dan rasa bernafas tidak puas. Saya juga mengalami sedikit sakit tekak. Saya telah ke klinik dan doktor mendapati saya mempunyai kahak yg banyak dan alahan paru-paru. Sehingga hari ini, saya sudah tidak merasa sakit tekak tetapi masih merasa bernafas tidak puas dan kadang-kadang merasa sesak nafas. Boleh saya tahu knp saya berasa begini dan perlukah saya berjumpa doktor untuk rawatan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih untuk soalan anda. Berdasarkan keterangan yang anda berikan, anda sedang mengalami masalah kesukaran bernafas. Oleh kerana itu, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Selain COVID-19, sesak nafas boleh disebabkan oleh masalah kesihatan seperti:
- Anemia - kurang darah merah
- Penyakit Asma
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit TB
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.