kiritonasuna
4 tahun
Sesak nafas dan gastrik
Saya lelaki berusia 24 tahun, saya mengalami sesak nafas pada bermulanya perintah kawalan, dan ditambah pula dengan gastrik, bagaimana saya ingin tahu punca sesak nafas ini daripada gastrik? Gastrik yg saya alami, pedih ulu hati, berat badan turun, rasa loya tekak, pastu bila makan rasa macam nak keluar balik, selera makan pun kurang, berat badan menurun apa perlu saya buat?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Obesiti
Anemia - kurang darah merah
Penyakit asma
COPD: Masalah paru-paru sempit
Penyakit TB
Alahan
Penyakit jantung koronari
Anda disarankan untuk:
Berhenti merokok.
Elak punca alahan
Elakkan dari terdedah kepada pencemaran, asap dan habuk
kurangkan berat badan
Bagi masalah gastrik, anda disarankan untuk tidak membiarkan perut anda kosong, hal ini kerana, asid akan dirembes dengan banyak jika anda kurang makan. Makan secara sedikit namun kerap.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera bagi mengelakkan komplikasi penyakit diatas. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.