Sulit
2 tahun
Sesak nafas dan keletihan
Saya lelaki umur 34 tahun setelah terima vaksin dos pertama saya menjadi letih dan sesak nafas
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda menghadapi masalah keletihan dan sesak nafas selepas mendapatkan vaksin dos pertama. Saya akan memberikan maklumat berkaitan situasi anda dengan baik.
Untuk makluman anda, vaksin COVID-19 adalah selamat dan berkesan dalam menangani wabak corona virus. Namun begitu, ia juga boleh menyebabkan kesan sampingan yang selalunya bertahan sehingga 13 hari. Dalam situasi yang sangat jarang berlaku, beberapa individu akan mengalami kesan sampingan berpanjangan dan serius seperti:
- sakit kepala
- gangguan penglihatan
- pengsan atau sawan
- sakit perut atau dada
- bengkak atau sakit pada kaki
- sesak nafas
- senang untuk lebam
Jika masalah ini amat mengganggu anda, perkara ini boleh dirujuk kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC). Jabatan ini menguruskan kes kesan sampingan vaksin COVID-19.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
[email protected]
Saya berharap kenyataan diatas dapat membantu dan sekiranya anda memerlukan penjelasan yang lebih lanjut, anda boleh bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini