
Sulit
4 tahun
Sesak nafas Dan ketidakselesaan tekak
Hai Saya perempuan berumur 25 tahun…Saya Ada penyakit lelah…sejak 3 minggu lepas Saya berasa seperti ssh hendak bernafas Dan kadangkala tekak Saya seperti Ade keje benda…nak telan makanan semua ok xde masalah…dada Saya terasa sempit dn bila waktu malam Saya akan mengalami sesak nafas…tido Saya tiada masalah…apabila bngun pagi kadang2 jek Ada sesak nafas…lps makan ubat die ok…tpi lps tu jdi ssh bernafas semula…siang pulak kadang2 ketika masak atau kemas rumah sesak nafas sesak semula…kenapa ye…Saya memang Ada alahan dgn habuk Dan ketika waktu sejuk…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Anemia - kurang darah merah
Penyakit Asma
COPD: Masalah paru-paru sempit
Alahan
Penyakit jantung koronari
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.