nurazila1217
3 tahun
Sesak nafas dan pening sampai mual
hai, saya azila berusia 20 tahun…sejak seminggu lepas saya berasa pening dan rasa pening tu membuatkan sayavrasa seperti mabuk dan mual dan diikuti dgn sesak nafas.saya baru sahaja consume pil collagen tersebut dalam tempoh 8hario.saya ada consume ubat atau pil untuk putihkan kulit(collagen) dan sejak sebulan lepas saya sangat terdedah dengan asap rokok…adakah rasa sedemikian akibat sap rokok dan pil collagen yanh sayavmakan?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah pening serta mual dan sesak nafas ini boleh berkaitan antara satu samal lain atau sebaliknya. Akan tetapi sukar untuk say amembuat kesimpulan hanya dnegan maklumat yang anda berikan di atas.
Masalh pening ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Vertigo- perasaan badan berpusing-pusing atau rasa persekitaran anda berpusing yang boleh disebabkan oleh
- Gangguan telinga dalam (vestibular neuronitis akut atau labyrinthitis)
- Sekali sekala ,benign vertigo berkaitan dengan perubahan kedudukan badan.
- Mastoiditis (radangan pada mastoid)
- Kurang aliran darah ke telinga tengah akibat atherosclerosis (plak lemak dalam salur darah) terutama pesakit Diabetis Mellitus (Kencing manis), Hypertension ( Darah tinggi) dan Hypercholestrolaemia (berlebihan kolestrol dalam darah)
- Sakit kepala yang ringan yang boleh disebabkan oleh
- Gangguan telinga dalam
- Gangguan kerisauan seperti serangan panik, agoraphobia ( perasaan gerun melintasi tempat lapang)
- Hyperventilation (pernafasan cepat)
- Hilang cecair badan contoh peluh berlebihan.
- Perubahan tekanan darah disebabkan oleh ubatan seperti ubat darah tinggi, ubat diuretic dan ubat kemurungan.
- Keadaan medikal seperti diabetes dan penyakit Parkinson.
- Anaemia
- Muntah-muntah
- Loya dan muntah apabila menaiki kereta, kapal terbang, bot atau kapal.
Manakala untuk gejala sesak nafas, ianya boleh disebakan oleh:
- Anemia - kurang darah merah
- Penyakit Asma
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit tibi
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sukar untuk saya membuat kesimpuan mengenai punca kepada gejala anda kerana, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.