
Sulit
5 tahun
Sesak nafas di waktu malam dan awal pagi
Saya wanita dan berumur 37 tahun…masalah saya ialah sejak akhir-akhir ni kerap mengalami asma pada waktu malam dan awal pagi…
Saya memang menghidap asma sejak kecil tapi waktu remaja asma ini berkurangan…kini ia semakin kerap…
Saya mengalami kesukaran bernafas,nafas berbunyi,rasa sempit di dada dan ini menyukarkan pergerakan saya untuk melakukan aktiviti tertentu…
Apakah ubat yg sepatutnya diambil?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah sesak nafas yang semakin menjadi-jadi bagi anda boleh disebabkan:
- Kesan jerebu - pendedahan asap jerebu yang berpanjangan boleh menyebabkan iritasi saluran udara dan memburukkan lagi keadaan asma
- Jangkitan saluran udara - seperti influenza atau selesema akan menyebabkan gejala sesak nafas bagi pesakit asma semakin memburuk
- Kesan ubat seperti aspirin juga boleh menyebabkan tindak balas yang dikenali sebagai “NSAID induced asthma” (asma yang disebabkan ubat seperti aspirin)
- Alahan - pesakit asma juga selalunya mempunyai alahan kepada perkara lain seperti debu atau asap dan alahan yang berterusan boleh menyebabkan asma menjadi lebih teruk
- Anemia (kurang sel darah merah)
Sekiranya anda mempunyai alat “inhaler” untuk asma, anda digalakkan menggunakannya mengikut keperluan dan tata caranya. Sekiranya dengan penggunaan “inhaler”, sesak nafas anda tidak berubah, anda disarankan untuk merujuk segera ke hospital bagi siasatan lanjut. Untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.