
Sulit
2 tahun
Sesak nafas,perut keroncongan,badan sakit,
Saya berumur 45 tahun.Sejak minggu lepas,kesihatan saya mula merosot sedikit.Bermula pada 6/4,saya mengalami sakit kepala,sakit badan tidak demam…tidak batuk dan selsema…merasa pedih ulu hati dan perut keroncongan…sesak nafas ringan…tekak seperti ada lendir bgtu juga hidung namun sesekali je dtg…sudah pergi klinik doktor kata gastrik.Adakah saya terdedah dengan jangkitan covid-19?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit badan dan sesak nafas yang anda alami ini boleh disebabkan:
- Anemia anda
- Penyakit asma
- Alahan - pada debu atau asap
- Penyakit jantung lemah
- Penyakit darah beku dalam saluran darah paru-paru (pulmonary embolism)
- Pneumothorax - iaitu paru-paru bocor
Justeru anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya. Untuk makluman anda, ujian saringan COVID-19 dijalankan di hospital kerajaan secara percuma namun bagi mereka yang berisiko tinggi sahaja.
Anda boleh melakukan ujian untuk COVID-19 di hospital-hospital dalam senarai ini. (Designated Hospital for COVID-19)
Kami juga menyediakan service home testing yang boleh didapati di link berikut: COVID-19 Screening At Home
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Di kesempatan ini saya ingin mengingatkan anda supaya tinggal di rumah dan hanya keluar sekiranya perlu. Semoga dengan kerjasama semua pihak, wabak ini dapat dibendung sebelum ianya semakin parah. Terima kasih.