Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Sesak nafas, rasa seperti ingin demam setiap minggu

Dijawab oleh: Dr Sashini Seeni

Dikemaskini pada: Mei 16, 2020 5:34 AM

Sulit 21 hari

Selamat Sejahtera Doktor. Saya laila dari Petaling Jaya. Sebelum ini alhamdulillah sihat sahaja tiada apa apa masalah kesihatan, tetapi semenjak kebelakangan ini saya rasa agak sukar untuk bernafas dan terasa seperti ingin demam setiap minggu (tapi satu dua hari je rasa then okay balik).

Sepanjang tempoh pkp ini, saya hanya keluar sekali sekala untuk membeli barang. Pada awalnya rasa sukar/sesak nafas tu tak kerap tapi start minggu ni dia jadi kerap, rasa tu hilang kadang kadang je. Semalam masa nak tidur pun rasa macam udara tak boleh lalu trakea. Saya ingatkan benda tu biasa je and lama lama hilang tapi dari bulan lepas lagi macamni dan saya jadi overthinking kalau saya memang ada sakit ke apa.

yang demam pulak, saya takde termometer klinik nak cek so tak bolehla nak tahu suhu badan atas 37.5 celcius atau tidak. tapi yang buat saya risau kalau saya terdedah/berjangkit dengan covid ni sebab hampir setiap minggu akan ada hari rasa nak demam. saya ada baca kes dimana pesakit tu demam sekejap, sembuh then demam balik, ada juga yang takde simptom covid tu tapi sebenarnya berjangkit.

abang saya kata mungkin saya kena panic attack tapi kalau berlarutan lama sesak nafas ni, takkan hari hari panic attack doktor? pendapat doktor pula bagaimana? patut ke saya cek if saya ada masalah keihatan berkaitan paru paru atau screening covid? saya takut saya overthinking je and benda ni bukan masalah besar.

Dr Sashini Seeni 21 hari
General Practitioner

Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, masalah sesak nafas boleh disebabkan oleh:

  • Anemia - kurang darah merah
  • Penyakit Asma
  • COPD: Masalah paru-paru sempit
  • Penyakit TB
  • Alahan
  • Penyakit jantung koronari
  • Serangan panik

Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lazim dilaporkan ialah:

Anda perlu khuatir jika anda baru pulang dari negara yang terjejas teruk dengan wabak COVID-19 atau anda mempunyai kontak rapat dengan mereka yang SAH dijangkiti COVID-19. Oleh itu, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.

Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.

Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.

Dikemaskini pada: Sat May 16 2020 05:34:05 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Sulit
Flu, itchy eyes, diarrhoea Adakah gejala di atas symptom Covid19? Apakah yang perlu saya lakukan. Boleh kah sekadar ke klinik biasa untuk rawatan normal Baca lagi...
12 hari
safirahnuramdi
Mandi malam setiap hari Saya selalu balik malam dalam 7 lebih setiap dari dari kerja …Boleh kah mandi malam setiap hari dan basahkan kepala di musim Corona ini…Apa kah tidak akan berlaku paru² basah? Baca lagi...
2 hari
Sulit
Sakit tekak sekelas berjumpa kawan semasa Hari Raya Hi. Saya mula berasa perit tekak Dan agak sakit Serta berkahak selepas berjumpa dengan kawan. Kawan saya berkerja dikilang Dan berjumpa ramai pekerja asing. Sewaktu kawan saya datang ke rumah sa… Baca lagi...
8 hari
Sulit
Demam Panas Dan Pening Mak saya buat kerja rumah seperti biasa pg td dan waktu tengahari td beliau tiba tiba pening kepala dan masuk berehat ke bilik. Kami ada menjenguknya dan mengurut beliau. Pada petang ni pulak ti… Baca lagi...
12 hari
Sulit
Kes import COVID-19 - Mengapa diambil kira? Assalamualaikum dan salam sejahtera. Nak tanya Doc. Mengapakah kes import COVID-19 diambil kira statistik dalam negara sedangkan mereka mendapat jangkitan di luar negara dan mereka kan baru pula… Baca lagi...
11 hari
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi