
Sulit
4 tahun
Sesak nafas sehingga kebas tangan dan bahagian mulut dan hidung
Saya sering sesak nafas sehingga kebas yg teramat sangat di tangan dan bahagian mulut dan hidung sehingga saya lelah. Saya sudab pergi ke doktor. Doktor tersebut check tekanan jantung, X -ray badan saya untuk check paru-paru dah saluran pernafasan saya. Tekanan darah dan sebagainya. Semua di atas tiada kaitan dengan semua yg saya alami. Doktor saran kan pergi ke pakar untuk keterangan lanjut. Mohon bantuan

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami turut bersimpati dan mengambil serius dengan keadaan yang dialami oleh pihak tuan/puan. Walau bagaimanapun berikut adalah gambaran awal yang boleh kami sampaikan kepada pihak tuan/puan.
Sering sukar bernafas? Dapatkan bantuan segera di sini.
Sukar bernafas sehingga kebas boleh berpunca dari banyak perkara antaranya:
- saluran nafas yang tersumbat diikuti gangguan saraf
- penyakit organ paru-paru (asma, bronkitis, dll)
- gangguan organ jantung
- gangguan cemas
atau ia juga boleh disebabkan oleh
- kekurangan gula dan air dalam tubuh
- tabiat pemakanan yang kurang berkhasiat
- kekurangan zat besi dalam badan
- beban kerja yang melebihi kemampuan tubuh
- atau kelainan yang memerlukan rawatan doktor
Justeru bagi menghilangkan masalah tersebut, saya tetap menyarankan agar pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu oleh pihak kami atau pakar perubatan dari bidang pulmonologi atau saraf.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Pulmonologist kami sedia membantu.
Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.