Sulit
6 tahun
Sesak nafas yang mula berlaku semasa saya sedang main gym..kini hampir setiap hari berlaku..apakah langkah langkah yang saya patut ambil?
Saya berumur 25 tahun.sejak 3 bulah saya mngalami sesak nafaf… hampir setiap hari sesak nafas berlaku dan selepas makan kerap kali muntah semula mkanan yang di makan…dan kerap terjadi pada maktu malam…senaman harian pon menjadi terhad sebab cepat penat.sebelum ni saya sangat aktif bersukan…apakah langkah2 yang saya patut ambil???
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan gejala yang anda alami seperti:
- pneumothorax
• Penyakit jantung
• Jangkitan injap jantung (infective endocarditis)
• Kekurangan darah atau anaemia
• Jangkitan paru-paru
• Barah paru-paru
• Penyakit autoimun seperti SLE atau rheumatoid arthritis
• Kondisi psikiatrik seperti kebimbangan yang berlebihan (anxiety disorder) dan kemurungan (depression)
Untuk mengetahui punca berlakunya sesak nafas anda perlu buat pemeriksaan fizikal /ujian darah/ECG terlebih dahulu.Anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor secepat mungkin untuk mendapatkan rawatan kerana punca-punca yang tersenarai di atas memerlukan rawatan segera untuk mengelakkan komplikasi. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih.



































