Sulit
4 tahun
Sesak nafas yg kerap
Saya berumur 20 thun. Saya pernah kena appendix dan sudah melakukan pembedahan. Pada 5 thun lepas . Pada dua thun lepas saya baru menambah darah 1 pain. Kerana saya ada anemia. Saya juga selalu kemurungan. Dan saya selalu tidak dpt kawal perasaan marah dan akhirnya berakhir dgn sesak nafas dan pengsan. Tapi lately ni, saya tak marah or apape but sesak nafas terlampau. Selalunya time mrh je akan sesak nafas. Tapi skrng tiap masa sesak sgt
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Hidung sukar bernafas? Dapatkan kelegaan segera.
Sukar bernafas ketika baring, boleh berpunca dari banyak perkara antaranya:
- saluran nafas yang tersumbat
- penyakit organ paru-paru (asma, bronkitis, dll)
- gangguan organ jantung
- kelainan saluran pencernaan
- gangguan cemas
- atau kelainan yang lain
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Pulmonologist kami sedia membantu.
Justeru bagi menghilangkan masalah tersebut, saya sarankan anda mengetahui terlebih dahulu kondisi tubuh dan kesihatan yang sebenar, agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan. Untuk itu, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan. Antaranya:
- analisis gejala dan sejarah pesakit yang lebih komprehensif
- pemeriksaan fizikal
- pemeriksaan darah
- pemeriksaan-pemeriksaan lain (sekiranya perlu)
Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.




































