Sulit
4 tahun
Setelah implanon expired brapa lama boleh dibiarkan di dalam badan dan mencegah kehamilan? Atau saya perlu mengambil langkah pencegahan lain sementara menunggu pemasangan implan baru
Sepatutnya remove pada 21/3/20.tetapi disebabkan langkah kawalan dan semua lppkn tutup saya tidak dapat menjalankan pembuangan dan pemasangan implan baru.sementara menunggu lppkn buka adakah saya perlu mengambil pencegahan lain atau dos hormon masih ada untuk satu tempoh tertentu?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan anda, setelah implanon dikeluarkan daripada badan, anda harus menggunakan pencegahan kehamilan secepat mungkin kerana kehamilan boleh berlaku. Saya tidak begitu fahami maksud expired anda. Apabila tamat tempoh anda harus mengeluarkannya secepat mungkin.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dan mengeluarkan implanon anda segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.