Sulit
4 tahun
Sexual health -asking for treatment
Hi doctor saya berumur 30 tahun baru kahwin 3 bulan…saya berasa takut nak buat hubungan intim dengan suami saya sebab rasa takut sakit… Saya dengar ada rawatan pembukaan faraj guna dilator… Ada x mana² klinik provide treatment ini
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam Sejahtera dan selamat pagi. Terima kasih kerana mengajukan soalan melalui talian ini.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi iaitu sakit ketika melakukan hubungan intim. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Kurang keghairahan
- Faraj kering (“vaginal dryness”)
- Kurang pelincir ketika seks
- Jangkitan kulat candidiasis menyebabkan gejala seperti gatal, merah, keputihan yang pekat dan pendarahan selepas seks.
- Ketumbuhan fibroid atau polip di pangkal rahim boleh menyebabkan pendarahan selepas hubungan seks.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Namun begitu, maklumat diatas hanyalah keterangan am tentang masalah ini. Bagi mendapatkan kepastian secara terperinci mengenai diagnosis penyakit, anda perlu melalui pemeriksaan secara teliti dan menyeluruh. Saya sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan bagi mendapatkan keterangan dan pemeriksaan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih

































