Sulit
3 tahun
Sexual health. Saya nak tanya kenapa setiap Kali Saya habis buang air kecil pada akhirnya air Mani pon turut keluar. Bila Saya research betul ke Saya mengalami masalah kebocoran? Dan mcm mana cara merawati
Saya berumur 21 tahun. Saya kerap beronani. Tapi sejak.bulan puasa haritu Saya dh berhenti onani. Tapi yang Saya perasan tiap Kali lepas kencing air Mani Saya akan keluar pada akhirnya. Adakah perkara ini dianggap serious? Apa kesan Dan cara merawat?
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak tuan, masalah air mani terkeluar ketika membuang air kecil ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Kecederaan saraf
- Masalah prostate
- Pengambilan ubat jenis SSRI seperti Citalopram
- Mimpi basah
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.