
Anonymous
5 tahun
Sifilis dan rawatan antibiotik
saya ingin bertanya. adakah suntikan antibiotik penisilin berkesan sepenuhnya untuk membunuh bakteria sifilis? berapakah tempoh akan sembuh selepas menerima suntikan berdasarkan beberapa kes doktor pernah rawati? harap dapat bantu.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda. Untuk makluman anda, Penisillin bertindak enyingkirkan jangkitan bagi menghalang kerosakan yang lebih teruk berlaku terhadap badan dan memastikan aktiviti seksual yang selamat tetapi kerosakan organ yang telah berlaku tidak dapat dipulihkan.
- Rawatan awal dengan penisilin adalah penting, kerana pendedahan dalam jangka masa yang panjang terhadap penyakit ini boleh menyebabkan akibat yang mengancam nyawa.
- Semasa peringkat “primary”, sekunder, atau lewat, pesakit akan menerima suntikan intramuskular Benzathine penicillin G . Strategi rawatan akan bergantung kepada gejala dan bila orang itu terdedah kepada penyakit sifilis.
- Sifilis tertiari memerlukan suntikan beberapa kali pada setiap minggu.
- Neurosifilis memerlukan p enisilin intravena setiap 4 jam selama 2 minggu untuk menghapuskan bakteria dalam darah daripada sistem saraf pusat (CNS).
- Selepas bersalin, bayi yang baru lahir yang terdedah kepada sifilis dalam rahim harus menjalani rawatan antibiotik.
Maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.