Sulit
2 tahun
Siplis..keluar nanah arah kemaluan
kalau saya makan ubat antibiotic boleh baik kah?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Untuk makluman anda, Syphilis adalah penyakit kelamin disebabkan oleh Treponema Pallidum. Antara gejala daripada jangkitan ini adalah luka pada kelamin, sakit kelamin, ruam pada badan atau biji ruam pada kulit kelamin. Simptom yang dinyatakan berlaku secara berperingkat dan jika tidak dirawat boleh merebak hingga ke otak, saraf tunjang, jantung dan tulang
Jalinkan hubungan mesra yang bebas jangkitan.
Syphilis boleh dirawat menggunakan antibiotik setelah diagnosis dibuat beserta keputusan ujian darah yang positif akan jangkitannya. Ubat ini hanya boleh diberikan dengan kebenaran doktor.
Kami sarankan agar masalah ini dirujuk kepada doktor anda atau doktor kami bagi mendapatkan rawatan lanjut. Harap jawapan ini membantu anda.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Kekal bebas daripada jangkitan penyakit kelamin. Dapatkan nasihat Pakar dengan segera.