Anonymous
4 tahun
Spotting 2-3hari selepas makan pil postinor
Saya telah makan pil postinor 2 dlm masa 24jam selepas berhubungan badan dengan pasangan dalam keadaan haid saya yg ke-4 dan diikuti 12 jam spt yg disarankan. Saya telah tamat haid sehingga hari ke-7 dan buat pengetahuan doktor sy telah makan pil tersebut dlm haid sy pd hari yg ke-5. Selepas 6 hari sy makan pil tersebut, berlaku pendarahan (tidak banyak spt haid) spt darah merah dan coklat2 dan hanya berlaku selama 3 hari sahaja dan berhenti secara spontan. Persoalannya adakah darah tersebut merupakan haid saya yang masih berbaki sebelumnya atau kesan dari pil postinor berkenaan. Jika ia berkaitan dgn pil tersebut, adakah ia menunjukkan gagal implantasi kehamilan, dan adakah boleh berlaku persenyawaan dlm tempoh haid sy (kerana pancut dlm haid ke-4) kerana sperma bertahan 3-7hari, dan jika saya makan pil tersebut dan tiada pendarahan adakah ia menunjukkan kehamilan telah berlaku…dan wajib ker pendarahan tersebut selepas makan pil berkenaan
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, setiap hubungan seksual tanpa perlindungan mempunyai risiko untuk hamil tergantung kepada tahap kesuburan pasangan anda. Kesuburan seorang wanita biasanya pada sekitar hari ke-14 daripada kitaran haid yang normal. Postinor berfungsi mengelakkan kehamilan dengan melambatkan pengeluaran ovum, maka sekiranya anda belum datang tempoh subur, maka boleh dikatakan ovum anda akan keluar lebih lambat. Sebetulnya sukar untuk ditentukan apakah sebenarnya yang berlaku tanpa pemeriksaan dan maklumat lanjut. Secara umum, memandangkan anda telah mengambil Postinor sesuai instruksi, boleh dikatakan risiko kehamilan dicegah sebanyak hampir 95% kemungkinan hamil dapat dihindari.
Disamping itu, efek samping yang sering muncul setelah menggunakan Postinor adalah seperti mual, muntah, perdarahan, sakit payudara, sakit kepala, pening, keletihan dan dapat berlangsung sampai dua hari. Sekiranya gejala terjadi lebih lama dan parah, sebaiknya puan mendapatkan konsultasi doktor.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.