
Sulit
4 tahun
Spotting coklat seakan berlendir
Saya berumur 21 tahun,saya nak kepastian bulan lepas saya datang bulan dalam 23 oktober.Pada bulan ini saya belum kedatangan haid tetapi yang datang hanya tompokan darah coklat.Sudah seminggu terjadi.Ketika saya aktif ia keluar ,waktu saya tidur ,tiada yang keluar.Adakah saya mengandung?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang spotting cecair coklat.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, spotting bukan sahaja tanda kehamilan, ia juga boleh disebabkan atau menjadi tanda kondisi perubatan yang lain seperti:
- Sesetengah wanita mengalami spotting (keluar cecair coklat) sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perimenopaus
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depo, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Anda masih risau tentang spotting ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Anda boleh lakukan ujian kehamilan untuk mengetahui status anda setelah lewat haid 7-14 hari. Sekiranya spotting ini berterusan, saya menasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan pemeriksaan dan rawatan lanjut.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.