
Sulit
5 tahun
Spotting pada awal kehamilan
Saya mengandung 6 minggu. Telah berlaku spotting sekali dan doktor bekalkan saya ubat kuat rahim. Perlukah saya untuk menghabiskan ubat tersebut walau spotting hanya sekali?. Adakah terdapat kesan sampingan andai saya mengambil ubat tersebut?

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah spotting boleh disebabkan oleh:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting (keluar cecair coklat) sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perimenopaus
- Tisu endometrium
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depo, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Kami memerlukan maklumat lanjut sebelum kesimpulan boleh dibuat mengenai ubat yang dinyatakan anda. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.