
Sulit
4 tahun
Spotting secara tiba tiba sebelum haid
hi doc , saya berusia 16. Hari ini pada 5/12 setelah perut saya merasakan cramp dan setelah saya bangun tidur petang dan pergi ke tandas , terdapat satu titik spotting pada seluar saya . adakah ini normal? setelah itu saya check mengunnakan contton bud untuk kepastian dan terdapat macam lendir darah tidak pekat dan banyak . adakah ia normal?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang spotting.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, spotting boleh disebabkan atau menjadi tanda kondisi perubatan yang lain seperti:
- Sesetengah wanita mengalami spotting (keluar cecair coklat) sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perimenopaus
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depo, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Anda masih risau tentang spotting ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Sekiranya spotting ini berulang dan berlarutan, saya menasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan pemeriksaan dan rawatan lanjut.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.