
Sulit
5 tahun
Sputum berdarah, sakit kelapa,
Hi doctor,saya berumur lelaki 29thn
saya baru pulang dari New zealand Mar11-Mar21. Kurantin di rumah selama 14hari bermula semalam. Saya mengalami gejala batuk, occasional sesak nafas, sakit kepala, sputum berdarah and cirit birit sejak beberapa hari lalu. Adakah saya perlu menjalani saringan covid-19?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Luka pada tekak akibat batuk berlebihan
- Jangkitan paru-paru
- Terdapat masalah pembekuan darah / darah cair
- Pendarahan di dalam rongga paru-paru, saluran pernafasan atau perut
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.