
Sulit
4 tahun
Status keputusan hiv rapid test
salam… saya ada lakukan seks pada 15jun2020… kondom terkoyak… lepastu pada 10sept 2020 sy lakukan rapid test di klinik kesihatan… dan resultnya non reaktif. Persoalan sy valid tak keputusan ujian tersebut. ? adakah sy perlu jalani ujian lagi ? saya berasa sangat bimbang apa bila baca mengenai window period. harap pihak doctor on call dapat membantu. Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Untuk pengetahuan anda, rapid test HIV hanyalah merupakan salah satu bentuk saringan HIV. Keputusan negatif tidak bermaksud anda bebas dari HIV kerana keputusan tersebut boleh memberikan keputusan false negative dan mungkin juga kandungan virus tersebut adalah rendah untuk dikesan oleh kit ujian HIV pada masa anda lakukan ujian tersebut, jadi anda perlu melakukan ujian lain seperti viral load dan CD4 count untuk melihat status anda.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.