
Sulit
3 tahun
Steven Johnson Syndrome
Salam Sejahtera,
Saya pernah dimasukkan ke hospital akibat alahan ubat yang teruk dan didiagnos mengalami Steven Johnson Syndrome. Saya mempunyai kad Alahan Ubat (Sulphonamides, Penicillins dan Paracetamol). Saya juga pernah menjalani ujian darah untuk mengesan alahan pada Bactream pada 2019 di mana darah saya dihantar ke Taiwan untuk ujian. Soalan saya, Apakah kemungkinan risiko yang akan saya terima sekiranya saya mengambil vaksin Covid-19?

3 tahun
Salam Sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami anda kebimbangan anda sebelum menerima vaksin Covid-19. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, vaksin COVID-19 setakat ini selamat dan berkesan pada populasi yang telah dikaji termasuk dewasa> 65 tahun. Vaksin mendorong tindak balas imun terhadap protein SARS-CoV-2 . Oleh itu, dapat diramalkan bahawa dos vaksin SARS-CoV-2 adalah lebih selamat untuk pesakit yang pernah atau sedang mempunyai masalah Stevens Johnson Syndrome (SJS) daripada mendapat jangkitan COVID-19 itu sendiri. Namun, terdapat juga pendapat mengatakan adanya potensi reaksi alahan terhadap pesakit SJS/TEN terhadap vaksin tersebut.
Penelitian masih dijalankan. Sebaiknya, pesakit perlu mendapatkan nasihat dari pakar atau doktor yang merawat sebelum mendapatkan suntikan, tahap kesihatan individu secara kesuluruhan juga penting untuk diketahui sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Terima kasih, kami berharap jawapan ini membantu anda.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini