
Sulit
3 tahun
Suami HIV isteri boleh mengandung?
Suami saya pengidap HIV…setalat ini CD4 dia tak pernah rendaggh dari 500…apabila bersama kami tak pernah lupa menggunakan kondom. kami tak pernah bercumbuan kerana dia riasu akan berjangkit melalui air liur,
soalan saya boleh ke sy bercumbuan? adakah boleh sy mengandung tanpa risiko jangkitan?atau adakah cara lain yang boleh kami ada zuriat sendiri ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami faham bahawa kebimbangan anda akan kehamilan atas risiko jangkitan HIV. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, jangkitan HIV boleh merebak hanya melalui cecair badan tertentu seperti darah, air mani, cecair pra-mani atau lebih dikenali sebagai air mazi, cecair rektum, cecair faraj, dan susu ibu. Risiko bagi penularan HIV melalui ciuman adalah sangat rendah dan luar biasa namun, ia adalah tidak mustahil.
Kehamilan dengan risiko HIV boleh dipindahkan kepada bayi. Penjagaan rapi yang memerlukan rawatan susulan akan diberikan oleh sekumpulan doktor bagi kehamilan dengan risiko HIV. Sekiranya anda merancang untuk mengandung, anda boleh berbincang dengan doktor bagi mendapatkan penerangan lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor kami melalui atas talian secara peribadi bagi mendapatkan penjelasan yang diperlukan.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.