
Sulit
3 tahun
Suami positif hiv minum susu badan daripada isteri negatif hiv
Hi. Adakah suami (positif hiv) boleh minum susu badan isteri (negatif hiv) secara terus daripada badan isteri? Sy amat risau dengan keadaan bayi sy nanti…

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Untuk makluman anda, HIV boleh disebarkan melalui cecair badan seperti darah, air mani, cecair faraj, cecair rektum dan susu ibu. HIV tidak akan disebarkan melalui air liur. Oleh itu, kemungkinan untuk isteri anda dijangkiti virus HIV adalah rendah. Sekiranya anda mempunyai luka dalam mulut yang mempunyai kontak dengan luka pada payudara isteri anda, ada kemungkinan untuk isteri anda dijangkiti virus tersebut. Namun, jika anda telah dirawat untuk jangkitan HIV, maka viral load anda adalah rendah dan anda tidak akan menyebarkan virus tersebut. Anda boleh menghubungi doktor kami untuk mendapatkan nasihat lanjut mengenai perkara ini.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah