
Sulit
5 tahun
Suami pulang dari negara jepun
sy wanita 30an,suami sy skrg berada di jepun selama 9 hari dan bakal pulang ke malaysia 9/3…kebimbangan sy adalah apakah sy boleh terus mendekati suami atau perlu berjauhan seketika waktu…

5 tahun
Salam sejahtera.
Saya memahami tentang kebimbangan anda mengenai risiko jangkitan COVID19 oleh kerana suami anda yang telah berkunjung ke Jepun. Jika suami anda mengalami sebarang gejala COVID 19 seperti demam, sukar bernafas, batuk dan selesema, anda perlu menasihatkannya untuk berjumpa dengan doktor di klinik kesihatan kerajaan. Terdapat ruang isolasi disana. Jika tidak mempunyai sebarang gejala, anda perlu menasihatkannya untuk memantau gejala tersebut sepanjang 14 hari setelah pulang dari Jepun. Suami anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori seperti berikut:
Risiko sederhana rendah: Dia perlu menjalani kuarantin kendiri sekurang-kurangnya 14 hari. Dia juga perlu untuk memantau perkembangan kesihatan badan seperti suhu badan dan mengawasi sebarang simptom COVID-19 seperti batuk, kesukaran bernafas dan demam.
Risiko sederhana : Dia digalakkan untuk pergi ke hospital ataupun klinik bedekatan untuk melakukan pemeriksaan khas bagi COVID-19.
Risiko tinggi: Dia perlu untuk pergi ke fasiliti kesihatan dengan kadar segera. Sekiranya anda didapati positif COVID-19, anda akan dirujuk kepada hospital khas dan mendapatkan rawatan lanjut. Anda juga akan dikuarantin di fasilit kesihatan tersebut untuk tujuan pemantauan.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM yang tersedia pada link ini (COVID-19 Portal) Anda boleh bercakap terus dengan doktor KKM secara percuma bagi masalah virus ini.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini