
Sulit
4 tahun
Subchorionic Hematoma pada trimester kedua
Pada usia kandungan 16w, hari pertama saya bleeding dengan banyak, tiada blood clot. Next day kurang pendarahan, kdg2 warna coklat, tetapi on going sampai sy masuk 18w. Hasil ujian scan, Dr detect SCH ukuran 7x2cm… skg dah 19w, masih lagi keluar spotting tapi minimal, dan berwarna coklat. Baby aktif dan perkembangan baby ok.
adakah saya boleh travel dengan kereta (tidak memandu) tempoh perjalanan 4 jam untuk dapatkan khidmat pakar di KL? Sekiranya boleh, apa yang perlu diambil perhatian semasa travelling.
Dan juga apakah aktiviti yang sesuai selain bedrest dan perkara yang dapat membantu untuk mengurangkan SCH.
Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Walaupun pendarahan dari faraj tidak selalunya menandakan bahawa kehamilan tersebut mempunyai masalah, ia masih boleh menjadi tanda bahaya. Oleh itu, semua wanita hamil yang mempunyai pendarahan dari faraj perlu diperiksa oleh doktor. Wanita hamil tidak digalakkan untuk duduk di dalam kenderaan dalam jangka masa yang panjang, dapatkan nasihat dan panduan daripada doktor terlebih dahulu mengenai perkara ini.
Antara punca-punca pendarahan ketika fasa awal kehamilan termasuk:
- Pendarahan implan: Kadangkala pendarahan ringan yang tidak berbahaya boleh berlaku kerana penanaman telur yang telah disenyawakan pada dinding rahim terjadi sekitar masa haid anda sepatutnya berlaku.
- Perubahan pangkal rahim akibat kehamilan boleh menyebabkan pangkal rahim senang berdarah contohnya ketika hubungan seks.
- Keguguran: Kebanyakan keguguran berlaku semasa 12 minggu pertama dan malangnya kebanyakannya tidak dapat dicegah. Tanda-tanda lain keguguran termasuk kesakitan perut bawah atau pelepasan tisu dari faraj.
- Kehamilan ektopik berlaku jika telur yang disenyawakan ditanam di luar rahim seperti di tiub Fallopian. Apabila telur tersebut membesar, ia boleh memecahkan tiub Fallopian dan menyebabkan pendarahan yang mengancam nyawa.
- Kehamilan molar menyebabkan kehadiran tisu yang tidak normal di dalam rahim. Biasanya ia tidak berbahaya tetapi dalam kes yang luar biasa, tisu ini boleh wujud sebagai kanser.
- Pendarahan selepas hubungan seksual
- Sebab-sebab yang tidak berkaitan dengan kehamilan termasuk trauma atau luka pada dinding faraj atau jangkitan faraj.
Sila pastikan anda mematuhi nasihat doktor dan mengambil rawatan sebagaimana yang disarankan. Segera ke hospital sekiranya berlaku sebarang pendarahan. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, namun talian ini bukanlah talian kecemasan. Terima kasih