
Sulit
5 tahun
Sudah 3 hari anak kurang kencing
Hai doktor, anak saya sudah 1 tahun 4 bulan, sudah 3 hari kanak saya kurang kencing, pampers ringan. Berak nya ok cuma kencing kurang, kadang2 kencing sekali saja, itu pon sikit sangat… Apakah kesan nya jika masih berlarutan dan apakah tindakan saya harus buat

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Dehidrasi
- Kurang aliran darah ke buah pinggang
- Saluran kencing tersumbat
- Hemolytic uremic syndrome
- Glomerulonephritis
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera kerana ini mungkin merupakan satu perkara yang serius. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.