chinlaijun

4 tahun

Sudah lebih satu bulan masih gatal tekak saya

OK, pada hari 4hb February 2020. Saya cakap betul-betul lah, saya baru balik dari Eropah. Saya pernah pergi Barcelona, Roma, Maseille pada masa itu dengan menaiki sebuah kapal “Costa Smeralda”. Harap doktor jangan lagi ignore pertanyaan saya sebab dulu saya pernah tanya soalan di portal sini. Tapi macam pertanyaan sudah hilang dan tidak dapat mencari balik di sini.

Saya pernah pergi Itali sebenarnya pada masa itu. Lebih kurang 23 Januari 2020 sehingga 3 Februari 2020. Masa saya balik ke Malaysia sini ialah 4hb Feb 2020. Saya orang Sabah. Oleh sebab, saya tidak pernah demam. Saya hanya sakit tekak, hidung block pernafasan dan kadang kala gatal di kerongkong di bahagian dada saya.

Saya sudah pergi scan X-ray pada 3hb Mac 2020 dan membawa X-ray saya pergi Klinik specialist X-ray untuk buat report. Doktor di sana sudah check paru-paru saya tiada masalah. Semua bahagian adalah dalam keadaan normal. Lepas itu, beberapa hari kemudian, pada hari 8hb Mac 2020. Hari Ahad, saya di rumah. Hari ini, hidung saya di bahagian dalam nasopharynx kena block pernafasan. Seluruh hari saya di rumah, susah bernafas sebab bengkak hidung saya. Saya hampir mahu pengsan di rumah sudah hari itu sebab kekurangan oxigen.

Jadi, next day saya ambil appointment di hospital JMC di Kota Kinabalu sini dan buat appointment dengan doktor dalam bidang ENT specialist. Saya telah jumpa doktor pada 10hb Mac 2020. Dia mengguna mesin cam dan memasukkan ke dalam hidung saya untuk mengambil gambar. Doktor sudah verify tiada apa-apa pun, semua dalam keadaan normal. Lepas itu, doktor cuba kasih satu ubat “Nasonex”. Minta saya balik dan sembur ke dalam hidung, satu kali setiap hari. Sehingga 11hb April baru balik ke hospital review. Doktor juga ada check tekak saya semua OK, tiada bengkak, tiada merah apa-apa pun.

Masalah sampai sekarang, saya masih berasa kadang-kala kerongkong saya gatal. Kadang-kala rasa mahu batuk. Kadang-kala rasa kerongkong panas masa saya bernafas. Kadang-kala sakit pula kerongkong. Macam masalah kerongkong ini like never ending sejak saya balik dari Eropah. Saya pun cuba pakai mask setiap hari, macam kerongkong lebih OK sedikit kalau ada pakai mask. Tapi kalau tidak pakai mask, kerongkong mungkin akan bengkak dan sakit pada malam nanti.

Saya rasa macam ada virus di dalam tekak saya. Saya pernah pergi farmasi yang dekat beli ubat gargle Betadine juga. Saya juga beli lozenge yang gula-gula batuk itu dari convenience store juga. Sudah lebih 1 bulan, penyakit ini masih belum sembuh.

Dr Ramzdhan,

5 tahun

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Saya faham tentang kebimbangan yang anda hadapi kerana gejala gatal tekak yang berpanjangan dan terdapat sejarah melancong ke Italy. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, selain COVID19, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:

  • jangkitan virus seperti influenza
  • radang esofagus (esophagitis)
  • radang tonsil (tonsillitis)

Anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.

Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.

Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/

kahak-tersekat-di-tekak

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)