Sulit
2 tahun
Sudah makan pun masih lapar
Saya wanita dalam 20 an beberapa dalam minggu ini saya asyik lapar saja makan pun masih lapar adakah saya hamil
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak puan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Diabetes
- Dehidrasi
- Overwork
- Chronic fatigue syndrome
- Hamil
- Masalah dengan keseimbangan tiroid
Anda boleh membuat ujian UPT untuk pengesahan.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat serta ujian-ujian yang diperlukan. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.