
Sulit
5 tahun
Suhu badan antara tidur dan jaga
anak usia 2 tahun 3 bulan. check melalui temp. telinga dlm 36.9 semasa dia tidur. adakah bacaan suhu berbeza semasa anak sedar atau tidur?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, suhu badan kanak-kanak serta orang dewasa akan berubah-ubah mengikut masa. Pada waktu malam, kebiasaannya akan menurun sedikit kerana badan sedang bersedia untuk tidur manakala pada siang akan menaik sedikit ketika badan sedang aktif. Suhu badan yang normal adalah 36.0 +/- 1.0 bagi perubahan malam dan siang. Jika terdapat perubahan suhu ketara serta gejala seperti demam, lemah badan dan gejala lain-lain, maka pemeriksaan doktor adalah diperlukan. Sekian.