Sulit
4 tahun
Sukar bernafas akibat susah tido
salam sejahtera, saya kerap merasa seperti tidak puas bernafas dan kerap berasa letih, selain itu, jika cek di oxymeter selalunye heart rate saya akan turun dlm 40 atau 30 kemudian naik 50 kemudian turun balik 40… saya bertanyekan soalan skrnng pon sbb saya tak bole tido akibat tak selesa bernafas … kaki saya kebas2 dan kkdg hujung jari akan sjuk …
4 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anda mengalami gejala sesak nafas dan kerap berasa letih. Anda juga memaklumkan bahawa anda sukar untuk tidur kerana gejala sesak nafas anda. Selain itu, heart rate anda juga adalah dalam lingkungan 30-50. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, kadar degupan jantung yang normal adalah dalam lingkungan 75-100 bpm. Kadar degupan jantung yang rendah, di samping gejala sesak nafas boleh menandakan masalah jantung. Anda juga menyatakan bahawa anda sering mengalami kebas kaki dan hujung jari anda akan berasa sejuk. Oleh itu, kami menyarankan anda untuk merujuk kepada doktor dengan kadar segera untuk memastikan masalah anda tidak berpunca daripada masalah jantung. Anda boleh mendapatkan konsultasi berkaitan masalah anda dengan doktor pakar jantung kami.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar Jantung




































