
Sulit
5 tahun
Sukar bernafas hanya pada waktu waktu tertentu
Assalamulaikum doktor salam sejahtera sy Hafizy berusia 32 tahun maaf doktor disini ad beberapa soalan untuk diajukan berkenaan tahap kesihatan sya…sy ad alami sesak nafas mcm ketat pd dada dan kdg2 kahak bnyak tp mudah utk dikeluarkan…sy dh jp beberapa doktor utk pertanyaan trace paru2 smua ok xdak jngkitan…nmun hal yg demikian kerap berlaku pd wktu malam semasa kecil dulu mmg sy ad asthma tp dh pulih smpai sekarang…bla cek nfas dan paru2 doktor ckp paru2 xdak whizling breathing…batuk, selsema n demam mmg xdak tp dh hmpir 2mggu lbh mcm ni…cuma jk sy bergerak lbh2 mmg kna attck tp bla ad aktiviti dia akn reda dok sja2 mmg dia dtg…so sy mohon pncerahan dan khidmat nshat dri doc cra yg tbaik utk sy

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah ini boleh disebabkan oleh:
- Anemia - kurang darah merah
- Penyakit Asma
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit TB
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.