
Sulit
4 tahun
Sukar bernafas panjang setelah exercise
Saya start diet dlm bulan 12 and buat light exercise in 10 to 15 min / day. Then after one month sy buat HIIT for 20 min and saya perasan i have difficulty to breath deeply after exercise. Besides, saya pon ade rase nk muntah and pening after that. Before this pon if saya jog on treadmill for 30 min, sy pon rse nk muntah, loya, pening. Muka and bibir saya auto jadi biru after exercise. Jadi sy nk tnya if sy ade masalh dgn jantung ke or ada masalah lain? Harap doctor dpt bantu n jawab soalan saya. Thank you very much

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Inginkan bantuan penjagaan gaya hidup yang lebih sihat? Dapatkan suplemen anda sekarang!
HIIT atau High Intensity Interval Training merupakan sebuah bentuk senaman & eksesais yang berfokus untuk meningkatkan kekuatan otot dan ketahanan daya tubuh (endurance). Seperti namanya, ia merupakan senaman berintensiti tinggi. Hal ini membuatkan, tidak semua individu sesuai dengan eksesais tersebut.
Antara mereka yang tidak digalakkan termasuk mereka yang mempunyai:
- sejarah kecederaan sendi atau otot
- sejarah penyakit asma
- penyakit darah tinggi
- penyakit kencing manis
- atau wanita yang sedang hamil
Selain itu, sekiranya anda mendapati kesan sampingan seperti yang dinyatakan, kerap berlaku setelah latihan senaman dijalankan, kami menasihatkan anda berhenti mengikuti pelan latihan tersebut, menukar aktiviti senaman yang lebih santai tetapi efektif (berbasikal sesuai SOP, berjalan setempat, dll.) & berjumpa dengan doktor secepatnya.
Walau bagaimanapun untuk mengetahui kondisi jantung atau paru-paru anda dengan lebih terperinci, pemeriksaan yang lebih khusus perlu dijalankan terlebih dahulu.
Inginkan penjelasan lanjut daripada pakar? Dietitian kami sedia membantu anda.
Tambahan lagi, anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan kepada doktor kami secara langsung diatas talian.