
Sulit
2 tahun
Sukar bernafas, sukar tidur, cepat berpeluh
Hi, saya mengalami masalah sukar tidur semenjak 2 minggu lalu (sehari tidur 2-4jam sahaja). Kesan dari masalah tersebut semakin teruk apabila saya sesak nafas, jantung berdegup laju dan badan cepat berpeluh secara tiba-tiba. Adakah ini “anxiety” atau simptom sesuatu penyakit lain? Perkara ini mengganggu kehidupan harian saya kerana saya perlu bekerja. Terima kasih Doktor

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, masalah ini boleh disebabkan oleh:
- Hyperthyroid
- Masalah kebimbangan atau anxiety
- Jangkitan tuberkulosis
- Masalah ritma jantung
- Kanser
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.