Sulit
3 tahun
Sukar nak membuang najis
Assalamualaikum doktor sya nk tnyaa , sya berumur 19tahun , sya mengalami sukar nak membuang najis stiap sya membuang dn sya prlu meneran untuk kluar kn najis tu lembut or keras ttp sma doktor , dn bila kluar pn ckit je… lps tu perut still sakit dm pinggang pn trsa sakit
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Anda bertanyakan tentang masalah kesukaran membuang najis. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah tersebut boleh disebabkan oleh sembelit. Ianya boleh berlaku kerana beberapa perkara. Antaranya ialah:
- Kurang serat dalam diet
- Kurang aktiviti fizikal
- Pengambilan ubat
- Sindrom gangguan semasa pembuangan air besar
- Perubahan dalam kehidupan yang rutin
- Penyalahgunaan julap
- Menahan untuk membuang air besar
- Kekurangan air
- Masalah dengan kolon dan rektum
- Masalah dengan fungsi usus
- Jangkitan parasit
- Radang usus
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Anda boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda lebih lanjut atau merujuk anda kepada pakar sekiranya perlu.
Harap penerangan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.





























