
Sulit
4 tahun
Sukar untuk tidur tetapi badan letih dan penat
saya wanita berumur 26 tahun bekerja sepenuh masa sebagai Admin Exec 8-5 dan melakukan pekerjaan separuh masa pada 6.30 ptg hingga 10.30 malam. sampai di rumah lebih kurang dalam 11.30 malam. setelah urusan saya selesai, saya mahu tidur tetapi tidak dapat. saya cuba lelapkan mata tp tak boleh. otak atau fikiran saya macam bercakap- cakap (berfikir yang bukan2, saya merasakan saya tidak tidur walaupun sudah melelapkan mata) walaupun dah zikir macam2 buka surah Quran dsb. tiba2 jam dah berbunyi untuk kerja pagi seterusnya (8-5), bila bangun saya rasa tak segar, penat, mata bengkak tp saya tak cuti saya still pergi kerja. waktu bekerja pagi hingga ptg tersebut, saya sangat letih dan tidak bermaya. habis kerja pagi saya sambung kerja hingga ke malam tp malam hari saya sedikit cerdas mungkin sebab kerja malam saya lebih aktif berbanding di pejabat. malam seterusnya juga begitu, saya tak boleh tidur setelah sampai ke rumah. kejadian ni sudah berminggu (mungkin mahu ke satu bulan). saya hanya dapat tidur setelah 3 hari berpenat bertarung untuk mendapat tidur yang bagus. saya tak faham kenapa saya penat tp tak boleh tidur. dan sewaktu mahu tidur otak dan fikiran saya akan berjalan jalan entah ke mana tp sebenarnya saya separuh sedar? saya tak tahu. saya tak ambil sebarang ubat tp berfikir untuk ambil ubat tidur setiap kali saya merasakan saya tak boleh tidur. boleh beri nasihat kepada saya, doktor? terima kasih
Additional info:
- full time working: 8am-5pm Monday-Friday
*part time working: 6.30pm-10.30pm (after this will be 6pm-12pm) (every Thursday-Monday)

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Stres dalam kehidupan harian
- Pelancongan dan jadual kerja yang menggangu masa tidur
- Amalan tidur yang kurang memuaskan seperti penggunaan komputer atau telefon bimbit sebelum tidur.
- Makan dalam kuantiti yang besar sebelum tidur
- Penyakit-penyakit psikiatri seperti kemurungan dan keresahan. Bagi sesetengah kes insomnia, sukar tidur tanda sakit mental.
- Sesetengah ubat asma, ubat darah tinggi, ubat tahan sakit dan ubat selesema.
- Masalah kesihatan yang lain seperti kanser, diabetes, penyakit jantung, asma, pedih ulu hati, penyakit tiroid dan penyakit Alzheimer.
- Kafein, nikotin (bahan racun dalam rokok)
Jadi, anda harus mengubah gaya hidup sekiranya anda mengamalkan gaya hidup yang menyumbang kepada kesukaran untuk tidur.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.