
Anonymous
6 tahun
Suntik untuk cepatkan period
Saya sebelum ni mempunya haid yang teratur setiap bulan, tetapi sebulan lepas saya mengalami haid selama 3hari sahaja. dan doktor memberikan pil solunut untuk memperbetulkan masalah haid saya. tetapi tidak juga period untuk bulan ni. kemudian doktor mengambil jalan untuk berikan suntikan untuk percepatkan period. Adakah saya sememangnya akan period selepas suntikan itu? Atau saya juga berkemungkinan tidak akan period selepas suntikan? Kalau period Alhamdulillah syukur. andai kata tak period juga, saya ada masalah apa ya doktor? Adakah saya mengandung atau ada masalah lain? tetapi upt negatif.

6 tahun
Hai, selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan anda.
Pil sonulut adalah sejenis ubat yang digunakan untuk merawat masalah haid tidak teratur dan juga merupakan sejenis pil perancang kehamilan. Ia mengandungi hormon yang membantu dalam mengawal kitaran haid wanita. Namun begitu, terdapat pelbagai sebab haid tidak teratur dan tidak semua penyebab ini boleh dirawat dengan pil sonulut ini.
Antara punca haid tidak teratur adalah:
- Masalah hormon akibat polycystic ovari, masalah kalenjar tiroid dan kalenjar pituitari
- Masalah berat badan, tekanan perasaan dan aktiviti fizikal yang terlalu berat
- Masalah struktur rahim, ovari dan cerviks
Oleh itu, sekiranya anda tidak period selepas mendapat suntikan, anda perlu menjalani pemeriksaan lebih lanjut untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami yang bertauliah secara atas talian.
Harap membantu. Terima kasih.