Sulit
6 tahun
Suntikan dan pil perancang
Assalamualaikum dan salam sejahtera, masalah saya ialah sebelum ini saya mengambil suntikan perancang setiap 3 bulan sekali, bulan akhir saya mengambil suntikan pada bulan mei 2019, tetapi selama saya mengambil suntikan tersebut saya tidak pernah datang haid sedikit pun. sehingga kini saya tidak lagi mengambil suntikan itu, tapi masih tidak datang haid. apa kesan jika saya makan regulon pil selepas melakukan hubungan seks?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, suntikan depo akan bertahan dalam badan anda selama maksimum 15 minggu setelah anda disuntik. Apabila anda melakukan hubungan seksual di luar jangka waktu tersebut, maka kemungkinan untuk hamil adalah tinggi.
Regulon adalah pil perancang mempunyai 21 tablets, di mana ia harus diambil setiap hari. Sebaiknya pil pertama haruslah diambil pada hari pertama anda datang haid bulan tersebut. Pil yang seterusnya haruslah diambil setiap hari pada masa yang sama untuk memastikan keberkesanan pil perancang mengelakkan kehamilan. Kemudian, anda akan berehat selama 7 hari sebelum mulai makan strip baru.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.



































