
wanhidayatul91
5 tahun
Suntikan depo 3 bulan rancang kehamilan
Doctor, saya nak tanya untuk ulangan kali ke 2 dan seterusnya perlu guna perlindungan lain juga ke kalau bersama… Sebab doctor tempat saya suntik depo ckp keberkesanan ubat lepas seminggu… Ke untuk kali pertama suntik je kena guna perlindungan dalam masa seminggu…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sebetulnya suntikan depo akan berada dalam badan anda selama 15 minggu setelah anda disuntik. Biasanya, anda akan mendapatkan suntikan seterusnya pada 3 bulan (12 minggu) setelah disuntik. Ini bermaksud, efek protektif Depo mencegah kehamilan masih ada dalam tubuh anda sewaktu anda mengambil suntikan kedua. Justeru, untuk suntikan seterusnya, selagi anda mendapatkan suntikan sebelum tempoh 3 bulan berakhir, maka anda tidak perlu menggunakan metode pencegahan kehamilan tambahan seperti kondom.
Untuk info tambahan, anda boleh merujuk masalah ini kepada doktor. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.