Anonymous
6 tahun
Suntikan depo 3 bulan
Saya mengambil suntikan depo tetapi tidak datang period boleh tak makan ubat turun darah bagi period datang… Ubat apa ya y sesuai?. Tq
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman cik, keadaan tersebut merupakan perkara biasa bagi para pengguna. Antara kesan sampingan suntikan perancang kehamilan ini adalah:
- Pendarahan yang berterusan selepas berhenti mengambil suntikan tersebut
- Kitaran haid akan berubah termasuklah haid terus berhenti
- Haid mungkin akan mengambil masa dalam setahun untuk kembali kepada kitaran yang biasa
- Berat badan bertambah
- Kemungkinan kebolehan menghasilkan ovum yang sihat akan mengambil masa lebih kurang setahun
- Keguguran rambut, kekurangan nafsu seks, sakit kepala, gangguan mood
- Batu dalam ginjal sekiranya diambil untuk masa yang agak lama
- Meningkatkan keupayaan untuk mendapat masalah osteoporosis
Anda akan mengalami dos hormon berlebihan jika mengambil ubat hormon tambahan untuk turun darah. Sebaliknya anda seharusnya berbincang dengan doktor untuk menukar jenis ubat perancang kehamilan jika ingin haid berjalan seperti biasa contohnya pil kontrasepsi kombinasi.
Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang pil perancang, sila klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan pihak farmasi kami.Terima kasih.


































