Sulit
2 tahun
Suntikan depo boleh mengandung lagi ka
Assalamualaikum doktor . saya baru lepas melahirkan anak pada 13/2/2021 . selepas sebulan melahirkn sy mengambik suntikan depo . awal suntikan saya period , dua bulan langsung tkperiod . suntikan kedua pun begitu . jdi sy ambil keputusan untk brhenti suntik pd bulan 8 . bulan 9 sy period tp sngt sngt skit . bulan 10 shingga skrng sy masih belum period . sy ada check upt samar samar , kali kedua negatif . jadi bgaimana ya ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, Depo-Provera ataupun medoxyprogesterone acetate ) ialah sejenis hormon progestin yang synthetic. Terdapat beberapa kesan sampingan yang diketahui yang boleh disebabkan oleh ubat ini iaitu:
- Kenaikan berat badan
- Perubahan kitaran haid (haid berlebihan)
- Sakit perut dan perut kembung
- Sakit kepala dan kepeningan
- Keletihan
- Sakit payu dara
- Rambut gugur
- Sakit sendi atau kepanasan
Selain itu, ubat Depo juga boleh menyebabkan haid tidak datang setelah 4 kali suntikan (1 tahun) dan ia dialami oleh 50% wanita yang mengambilnya. Kebanyakkan nya haid akan mula berkitar selepas 6 bulan atau lebih.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.